Saturday, August 2, 2008

Program Jana Jalinan ( PJJ )

Program Jana Jalinan

“MPP selalu busy dengan program mereka sahaja! Tak pernah turun padang dan ketahui keadaan sebenar mahasiswa!”

Kenyataan tersebut bukan lagi sesuatu kenyataan yang benar dan bernas lagi untuk Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2007/2008 ini kerana wujudnya Program Jana Jalinan ( PJJ ) yang telah dijalankan semester lalu dan akan diteruskan semester ini iaitu semester 1 sesi 2008/09.

Program Jana Jalinan diselaraskan oleh Exco Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar kerana PJJ dan semua MPP akan bergilir-gilir untuk bertugas di kaunter cafeteria-cafeteria kolej kediaman masing-masing. PJJ memberikan peluang kepada mahasiswa membuat aduan, membuat pertanyaan terhadap MPP yang bertugas, mendapatkan maklumat terkini dalam UMS, membuat promosi program Persatuan Mahasiswa sekolah dan sebagainya.

PJJ yang series kedua akan bertambahbaik atas sebab Sistem Aduan Berhala Dua telah dilaksanakan dua minggu lepas. 10 hari bekerja ialah piawai dan maklamat kami untuk membalas sesuatu aduan.

Program Jana Jalinan(PJJ) akan diadakan di tempat berikut bermula 4 Ogos 2008 (Isnin) sehingga September 2008:

TEMPAT /MASA:KAFETERIA KAMPUNG AB (Isnin, 6.30pm—8.00pm)

KAFETERIA KAMPUNG CD (Selasa, 6.30pm—8.00pm)

KAFETERIA KAMPUNG E (Rabu, 6.30pm—8.00pm)

FOYER PERPUSTAKAAN (UNTUK NR) (Khamis,11.30am—1.30pm)

KAFETERIA BAWAH INDAH PERMAI (Jumaat, 8.00pm—9.30pm)

PJJ telah dilaksanakan pada semester II sesi 2007/2008 dan telah mendapat sambutan baik di kalangan mahasiswa UMS dan berharap agar PJJ pada semester ini akan mendapat sambutan yang lebih hangat lagi dan mahasiswa mendapat manfaat daripadanya.

Saluran telah disediakan kepada mahasiswa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang mahsiswa untuk melaporkan sesuatu atau mengetahui sesuatu. Jangan lepaskan peluang!!

Tuesday, July 15, 2008

Know Your Right

Know your right as a consumer! We as students are the consumers of our beloved university, Unversiti Malaysia Sabah!

It is a very important awareness that we as a university student that need to be cultivated and practise it!

The rights that you have, are a lot.

So here, i would like to share a right that we as a consumer (student) that should practise.

THE RIGHT TO COMPLAIN!

Complain seem like a negative word to most of us but in my opinion, actually it is a way for us to channel our disappointment to the right person through a polite manner. Complain can help both the one who complain and the one being complained. When you complain, you will not bottle up your anger inside your heart ( which BAD, REally bad for your health) and you did a good job as a consumer. Besides, the one that get the complain also can improve their service, their attitude and to achieve excellence.

However, a good complain, an excellent complain need to have all the details that can help to investigate and give back response to the one that complain.

A good complain need to be cover at least the following details:
  • 1) Full name
  • 2) Contact number(response back)
  • 3)The complain (need the details of time, date, incident, people involved, and etc)
Here the good news is that we, Exco Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar (3P), Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) will have this complain service to help you to voice out your everything about everything.

I know you will say :" i make a lot of complain before but no response. Here we will have a mechnism that will solve this issue. But will keep it as secret now till next week 23 July then you will find out!
This service will be started next week , 23 July 2008 at MPP office. So please come to our MPP office and voice out and get the response that you hope for. BY complain, we can improve more!

Now, is your time to complain! Let Complain!

Wednesday, July 9, 2008

Isu-isu dan Usaha Penyelesaian; Edisi April 2008

Isu-isu dan Usaha Penyelesaian

Isu: Masalah Anjing Liar

Masalah anjing liar di kawasan kolej kediaman telah menimbulkan banyak masalah kepada mahasiswa sejak beberapa tahun yang lepas. Berikut adalah beberapa usaha yang dijalankan dan diharapkan para mahasiswa dapat memberi maklumbalas tentang keberkesanan usaha ini.

Tindakan MPP:

  • MPP Exco Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar (3P) telah meminta bantuan dari pihak DBKK. Pihak DBKK juga telah membuat beberapa kali tembakan pada semester ini.
  • Program Gotong-Royong 2008 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UMS sesi 2007/08 di Kolej Kediaman AB, CD dan E pada 22 Mac 2008 (Sabtu). Kebersihan merupakan sebab utama anjing liar datang mencari makanan di kawasan mahasiswa.
  • Pada cuti panjang yang akan datang, pihak universiti dan MPP akan melanjutkan usaha tembakan anjing. Keputusan tembakan anjing pada masa cuti adalah untuk menjaga keselamatan mahasiswa.
  • Pihak MPP dan JAKMAS juga bekerjasama dalam meminta perkara-perkara tertentu daripada pihak kolej seperti menyediakan penghadang di setiap tangga dan juga meningkatkan kebersihan.

Tindakan yang Harus Diambil oleh Mahasiswa:

  1. Menjaga kebersihan persekitaran dan tidak membuang sampah di merata tempat.
  2. Menutup penutup tong sampah dengan ketat. Ikat plastik tong sampah.

Isu: Perkhidmatan Bas UMS

Perkhidmatan bas UMS dengan RM 70 satu semester telah memberikan kemudahan untuk mahasiswa pergi dan balik dari kuliah serta untuk penggunaan aktiviti dan program mahasiswa. Namun, perkhidmatan yang kurang memuaskan menyusahkan para mahasiswa.

Tindakan MPP:

  • Pemantauan MPP dengan bantuan JAKMAS AB, CD, E , IP, KFNR, Persatuan Mahasiswa Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (PMSSMP) dan Persatuan Mahasiswa Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa (PMSPTA) telah diadakan untuk seminggu (10.3.08 sehingga 17.3.08). Dari pemantauan selama seminggu tersebut, penilaian terhadap jadual bas telah diadakan. Selain itu, pemantauan tersebut juga dijalankan untuk menilaikan semula keberkesanan perkhidmatan bas dan keadaan sebenar serta sikap mahasiswa.
  • Selain itu, semua ahli MPP seramai 28 orang juga bertindak sebagai pemantau kepada perkhidmatan bas pada setiap masa. Kami pihak MPP menerima aduan dan mengambil tindakan yang segera untuk ketiadaan bas bagi masa yang lama.
  • Selain itu, kami juga mendapatkan penjelasan daripada Pegawai Unit Kenderaan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar(HEP):

“Penggunaan bas UMS oleh mahasiswa untuk program mahasiswa luar dari UMS yang kerap menyebabkan bilangan bas UMS kurang. Selain itu, bas UMS selalu mengalami kerosakan dan perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Walau bagaimanapun, perkhidmatan bas tidak diabaikan untuk mahasiswa. Penggunaan bas sewa untuk keselesaan mahasiswa telah dijalankan.”

· Pada masa hadapan, kami pihak MPP akan meminta agar notis awal dikeluarkan daripada pihak pengangkutan untuk makluman para mahasiswa/mahasiswi.

Tindakan yang harus diambil oleh mahasiswa:

  1. Mahasiswa perlu bijak mengaturkan jadual perjalanan dalam menggunakan perkhidmatan bas kampus. Elakkan daripada keluar pada saat akhir bagi mendapatkan bas untuk ke kuliah.
  2. Memberikan respon dengan membuat aduan kepada MPP dengan mengisi borang aduan yang disediakan dalam Program Jalna Jalinan( PJJ ) dan pejabat MPP di Anjung Siswa. Aduan tersebut harus mempunyai maklumat yang tepat dan merangkumi tempat, masa dan keadaan sebenar.

Isu: Pengurusan Kolej Kediaman

Kolej kediaman merupakan tempat mahasiswa berteduh dan rehat. Walau bagaimanapun, pengurusan kolej kediaman tidak memberikan kepuasan yang sepatutnya untuk sesetengah mahasiswa.

Tindakan MPP:

  • Pihak MPP mengadakan mesyuarat dengan semua JAKMAS Kolej Kediaman AB, CD, E dan Indah Permai untuk lebih memahami keadaan yang dialami di kolej kediaman dan MPP juga bekerjasama dengan JAKMAS untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
  • Exco Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar MPP mengadakan mesyuarat yang kerap dengan pegawai Seksyen Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar HEP untuk mengutarakan masalah yang dihadapi oleh mahasiswa. Aduan yang diterima semasa Program Jana Jalinan juga diserahkan kepada pegawai tersebut untuk menjalankan pembaikian.
  • Masalah teknikal yang diterima telah dikemukakan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut. Walau bagaimanapun, sesetengah masalah tidak diambil tindakan segera atas sebab pembaikpulihan tersebut mengambil masa yang panjang. Maka, pembaikpulihan tersebut akan dijalankan pada cuti panjang.
  • Untuk masalah air, tangki yang berada di dalam UMS tidak dimiliki oleh UMS tetapi kerajaan Sabah. Masalah ketiadaan air kebanyakannya disebabkan oleh pembekalan air yang tidak cukup daripada kerajaan. Walau bagaimanapun, masalah kekurangan air akan diuruskan semasa cuti panjang akan datang.

Tindakan yang harus diambil oleh mahasiswa:

  1. Aduan masalah Penyelenggaraan dan kerosakan eletrik, paip dan bangunan di kolej kediaman, sila hubungi Jabatan Pembangunan dan Penyelanggaraan pada talian 013-867 6400, 088-320808. Nama penuh, no matrik, Kolej/ no.bilik diperlukan semasa membuat aduan.

Isu: Harga Kafeteria

Kebanyakan mahasiswa menjamu selera dalam kafeteria di UMS. Harga makanan yang tidak berpatutan dan terlalu mahal telah membebankan mahasiswa.

Tindakan MPP:

  • Borang kaji selidik harga makanan di kafeteria telah diedarkan untuk mahasiswa UMS mengadu sebagai bukti respon mahasiswa terhadap kafeteria pada awal semester ini.
  • Daripada statistik yang dibuat daripada borang kaji selidik tersebut, Exco Keusahawanan dan Kepenggunaan telah bermesyuarat bersama Pegawai UMS dan pengusaha-pengusaha kafeteria.
  • Dengan akhir persetujuan antara MPP dengan pihak kafeteria kolej, pihak pengusaha kafeteria telah sebulat suara untuk menetapkan harga RM3.00 dengan nasi, satu sayur, dan satu lauk (Harga package).
  • Pihak universiti akan menilai semula harga kafeteria di UMS pada cuti semester panjang sesi 2007/2008

Tindakan yang perlu diambil oleh mahasiswa:

  1. Menggunakan kuasa sebagai pengguna untuk memilih cafeteria yang bersih dan harga berpatutan.
  2. Semasa membeli makanan, jika harga yang terlalu dikenakan, sebagai pengguna, kita harus menanyakan cara harga makanan itu dikira. Apa-apa masalah sila berhubung dengan wakil mahasiswa yang terdekat.

Isu: Wireless

Wireless UMS Public merupakan perkhidmatan ICT baru yang disediakan untuk mahasiswa UMS. Perkhidmatan tersebut telah membawa banyak manfaat kepada mahasiswa. Walau bagaimanapun, mahasiswa Kolej Kediaman E berpendapat adalah tidak adil untuk Kolej kediaman E tidak mempunyai perkhidmatan wireless UMS public.

Tindakan MPP:

  • MPP telah bermesyuarat dengan UMTP pada awal semester dan UMTP memberikan respon bahawa perkhidmatan UMS Public di Kampung E akan disediakan. Walau bagaimanapun, Kolej Kediaman E merupakan kolej yang diusahakan oleh pihak swasta, perkhidmatan UMS Public akan mempengaruhi peniagaan kafe Internet di Kolej Kediaman E. MPP akan terus membincangkan masalah ini dengan pengusaha Kolej Kediaman E, Chase Perdana dan pihak universiti untuk memperjuangkan perkhidmatan UMS Public di Kolej Kediaman E.
  • Exco Sains dan Alam Sekitar MPP telah dan akan terus membuat pemantauan terhadap perkhidmatan wireless UMS dan melaporkan kepada pihak UMTP dari semasa ke semasa.
  • Universiti sangat menggalakkan mahasiswa untuk menggunakan 1-Megalab yang terdapat 500 buah thin client (computer), di bahagian multimedia perpustakaan. 1-Megalab tersebut dibuka daripada 8 pagi sehingga 4 pagi iaitu selama 20 jam sehari.

Isu: Tempat Meletak Kenderaan

Peningkatan penggunaan kenderaan sendiri oleh mahasiswa menyebabkan masalah tempat meletak kenderaan terhad di kolej kediaman dan kawasan DKP.

Tindakan MPP:

  • Masalah tersebut telah dibincangkan dengan Seksyen Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Walau bagaimanapun, masalah tempat meletak kenderaan pelajar di Kolej Kediaman susah diselesaikan kerana dengan tanah UMS yang terhad dan perlu menampung bilangan kenderaan yang semakin banyak. Dengan sebab tersebut, pihak universiti tidak menggalakkan mahasiswa menggunakan kenderaan dalam kawasan universiti.
  • Walau bagaimanapun, masalah tempat meletak kenderaan di kawasan DKP telah dimajukan oleh pihak MPP kepada Pihak Keselamatan UMS dan penambahan tempat meletak motorsikal di UMS telah dijalankan.

Tindakan yang harus diambil oleh mahasiswa:

  1. Mahasiswa harus meletak kenderaan di tempat yang telah disediakan untuk mengelakkan menyusahkan pengguna jalan lain dan disaman.

Isu: Malaysian University English Test (MUET)

Dengan syarat keputusan Band 3 ke atas dalam MUET untuk mahasiswa UMS bergraduan, isu ini menjadi satu masalah kepada mahasiswa yang berada di tahun terakhir tetapi belum mencapai syarat tersebut.

Tindakan MPP:

  • Bengkel MUET telah didadakan dengan penyelarasan daripada Naib Presiden Akademik dan Diplomatik MPP untuk memantapkan tahap bahasa Inggeris mahasiswa pada 5 dan 12 April 2008 (Sabtu), 8.00 pagi hingga 12.00 petang di DKP 1, 3 dan 5. Respon daripada mahasiswa sangat memuaskan dengan kehadiran seramai 171 orang pada hari pertama dan 230 orang pada hari kedua.
  • Selain itu, pihak MPP juga membincangkan isu ini dengan pihak Jabatan Pengajian Tinggi dan Universiti. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Amran Ahmed memberi jaminan bahawa mahasiswa yang menduduki peperiksaan MUET pada bulan Mei 2008 dan mendapat Band 3 ke atas akan dibenarkan untuk bergaduan. Selain itu, Naib Canselor juga menyatakan bahawa penyetaraan markah antara MUET dan kursus Bahasa Inggeris di PPIB akan dilaksanakan di mana graduan yang mendapat gred yang tertentu dalam kursus Bahasa Inggeris juga akan dibenarkan untuk bergraduan pada sesi ini. Maklumat lanjut akan diberitahu melalui memo pada masa akan datang.

Tindakan yang harus diambil oleh mahasiswa:

  1. Berusaha untuk memantapkan tahap bahasa Inggeris supaya mendapat Band 3 ke atas sebelum bergraduan dengan menyertai bengkal yang dianjurkan serta berusah sendiri.

Isu : Penutupan pintu kafe-perpustakaan UMS

Pintu kafe-perpustakaan merupakan pintu yang biasa dan banyak digunakan oleh mahasiswa untuk menjamu selera selepas belajar di perpustakaan. Walau bagaimanapun, pintu tersebut telah ditutup atas sebab kerosakan pintu.

Tindakan MPP:

  • Surat yang ditulis oleh Saudara Presiden MPP telah dihantar. Disebabkan pintu tersebut hampir jatuh dan perlu ditukar, pintu tersebut tidak dapat dibuka semester ini. Hasil daripada perbincangan dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr Amran Ahmed, adalah dipersetujui bahawa pintu berkenaan akan dibaiki dan dibuka semester depan.

Isu: Jalan yang teruk dijalani

Jalan yang susah dilalui terutamanya semasa hujan di jalan perhentian bas perpustakaan – perpustakaan dan jalan antara PPIB dan SST menyebabkan mahasiswa mengalami kesusahan untuk berjalan. Mahasiswa terpaksa pergi kuliah dengan kasut yang basah, berbau dan kurang selesa.

Tindakan MPP:

  • Exco Perpaduan Nasional MPP telah menghantar sepucuk surat kepada Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) UMS pada bulan Mac. Tindakan telah diambil oleh JPP dan pembaikian jalan SST –PPIB telah siap dan jalan perpustakaan-perhentian bas perpustakaan sedang dibaiki.

Isu: Etika Berpakaian

Mahasiswa mencerminkan identiti sesebuah institusi pengajian tinggi. Sebagai mahasiswa UMS, kita semua harus mematuhi etika berpakaian setiap masa ketika berada dalam kampus untuk menjaga imej kita sebagai mahasiswa universiti dan imej universiti UMS.

Tindakan MPP:

  • Kempen Berpakaian Sopan yang diselaraskan oleh Exco Projek dan Protokol MPP telah dirasmikan pada 9 April 2008 di ruang legar perpustakaan UMS dengan slogan “Ketrampilan Cemerlang, Pemimpin Gemilang” .
  • Kempen tersebut mengetatkan semula peraturan yang telah ditetapkan iaitu berpakaian formal pada setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis. Garis panduan berpakaian sopan yang termakub dalam Panduan Tatatertib Pelajar juga harus diikuti pelajar.
  • Selain itu, pelaksanaan langkah pemakaian kad matrik oleh semua mahasiswa juga dikuatkuasakan untuk memudahkan sebarang urusan.

Tindakan yang harus diambil oleh mahasiswa:

1) Sila memakai pakaian formal pada hari Isnin, Rabu dan Khamis.

2) Memakai kad Matrik

3) Memakai pakaian dengan mengikuti Pandua Tatatertib Pelajar

Isu: Keselamatan

Mahasiswa pada masa kini semakin berasa risau tentang keselamatan mereka selepas berlaku pencurian dan sebagainya di kawasan kolej kediaman, terutamanya di KKIP.

Tindakan MPP:

  • Majlis Tertinggi MPP mengadakan mesyuarat dan berbincang dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr. Amran Ahmed tentang isu keselamatan yang semakin merosot di kawasan UMS.
  • Selain itu, surat berlampir dengan pengumpulan borang aduan dari Program Jana Jalinan(PJJ) tentang keselamatan di Kolej Kediaman Indah Permai telah diserahkan kepada TNC. TNC juga menyatakan bahawa beliau sendiri akan memantau keselamatan KKIP.
  • Keselamatan di dalam UMS akan terus dijaga oleh Jabatan Keselamatan UMS dengan kerjasama MPP, JAKMAS dan Persatuan Mahasiswa serta mahasiswa sekalian.

Tindakan yang harus diambil oleh mahasiswa:

1) Menjaga keselamatan sendiri dan rakan-rakan sendiri.

2) Melaporkan kejadian berkenaan dengan keselamatan terhadap MPP, pihak Keselamatan dan Pengurus Kolej Kediaman

Isu: Kebersihan DKP dan Tandas

Kebersihan mencerminkan imej sesebuah organasi. Walau bagaimanapun, kebersihan di DKP dan tandas merupakan isu terhadap mahasiswa.

Tindakan MPP:

  • Naib Presiden Akademik dan Diplomatik MPP telah menghantar surat kepada Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan untuk meminta mereka mengambil tindakan segera dan memantau keadaan kebersihan di kawasan DKP serta tandas.

Tindakan yang harus diambil oleh mahasiswa:

1) Menjaga bersama-sama kebersihan DKP dan tandas kerana kita semua yang akan mengalami kesannya.

2) Memaklum kepada MPP tentang kerosakan DKP.

*Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang artikel ini sila rujuk dengan MPP.

**PMUMS yang termasuk MPP, JAKMAS AB,CD, E , Indah Permai, NRKF serta Persatuan Mahasiswa Sekolah-sekolah telah dan akan berterus berusaha untuk menjaga kebajikan mahasiswa UMS dengan sokongan mahasiswa UMS sekalian.

Saturday, July 5, 2008

Isu Perkhidmatan Bas UMS !!! Zaman baru akan datang!!!



Perkhidmatan bas UMS selalu merupakan masalah dalam pandangan mahsiswa UMS.

Hakikatnya, UMS ada 19 buah bas dengan 20 orang pemandu bas yang bekerja daripada seawal 6.30pagi sehingga sehingga larut malam.

14000mahsiswa yang pergi kuliah, dan aktiviti kemahasiswa yang pergi jauh dalam dan luar UMS dengan 19 bas yang ada dan 20 orang pemandu bas sahaja ...
Kiraan tersebut, silakan buat sendiri untuk tengok berapa berat tanggungjawab setiap bas dan setiap pemandu bas!

Tetapi, berita baik sini !

Zaman tersebut akan menjadi sejarah dan zaman baru akan sampai pada bulan September 2008!

Hal ini disebabkan bahawa, sekarang, 10 buah bas baru UMS sedang dibina di Semenanjung dan akan dihantar mulai Ogos 2008!

Selain itu, kuantiti pemandu bas juga akan ditambahkan kerana pada cuti yang lepas, UMS sedang menemu duga untuk pemandu bas yang baru !

Zaman baru akan sampai, sila bersabar!
Yang penting, silakan mengaturkan masa menaiki bas mahasiswa dengan teratur untuk elakkan kelewatan untuk kuliah atau sebarang mesyuarat.

Kalau tidak mengaturkan masa, sebanyak 30 atau 40 puluh bas untuk UMS juga tidak akan mengatasi masalah bas!

Marilah kita bersama-sama mengucapkan:
" Selamat datang, Pemandu bas baru dan BAS UMS BARU!!!"

Choong Jian Ming,
Exco Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar
Majlis Perwakilan Pelajar UMS sesi 2007/2008

5 Julai 2008, 4.45pm, Cafeteria AB UMS

Tuesday, June 17, 2008

Pencapaian Exco 3P pada Semester 2 Sesi 2007/ 2008

1. Kami telah berjaya bekerjasama dengan JAKMAS dalam pemantauan bas, bermesyuarat dengan mereka untuk beberapa kali bersama dengan MT.

2. Melalui Program Jana Jalinan, borang aduan diterima dan tindakan telah diambil berdasarkan aduan yang diterima.

3. Exco kami sentiasa berbincang dan bermesyuarat dengan Ketua Seksyen Perumahan dan Perkhidamatan Pelajar,Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan terdapat dua sekretariant khas yang berhubung secara terus dengan pihak tersebut.

4. Laporan Statistik Program Jana Jalinan (PJJ) Minggu Pertama & Isu-isu dan Usaha Penyelesaian (Edisi April) telah diedarkan dalam kampus UMS dan ditampal di papan notis perhentian bas selama sebulan untuk rujukan mahasiswa sekalian. Dalam laporan tersebut terdapat 12 isu dibincangkan. Sila rujuk pada Laporan tersebut dalam blog Exco 3p ini.

Objektif Exco Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar

Exco Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar ( Exco 3P), merupakan exco yang paling dekat dengan mahasiswa sekalian dalam Universiti Malaysia Sabah.

Objektif Exco 3P:
  1. Menjadikan wasilah utama MPP dengan JAKMAS setiap kolej termasuk Kolej Kediaman Anugerah Bestari(AB), Cemerlang Dinamic(CD), E, Indah Permai (IP) dan Non-resident (NR).
  2. Mendapatkan maklumat, menganalisis seterusnya menyediakan strategi berkesan bagi menangani masalah di peringkat kolej
  3. Exco ini tidak akan mengadakan sebarang program sebaliknya akan memfokuskan terhadap masalah keselamatan, kebajikan, isu air, bas, dan kemudahan fasiliti di setiap kolej kediaman
  4. Sentiasa membuat networking dengan pihak Seksyen Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar
  5. Berikrar sedaya mungkin bagi mewujudkan situasi yang selesa untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
  6. Memastikan kebajikan mahasiswa UMS sentiasa dalam keadaan yang memuaskan sebagai mangkin ke arah pembentukan modal insan berkualiti
  7. Berdasarkan tiga bahagian utama iaitu perumahan, pengangkutan, dan aduan